selamat datang blogger2 sume...ahlanwasahlan...kepada copycat2 anda tidak dibenarkan untuk copy2 ayat aku ini k..walaupun anda sume sudah minta izin...hrap korunk sume pham k..amaran keras!!lagi satu jgn lupe follow aku k n aku akan follow korang balik

Followers

klik like kalu suke ^^

Jun 29, 2012

wOrdless FridaY: kebOsanan tahap melampau ^^



KebOsanan tahap melampau...tak de kje sO,suruh lah atam
snap pic nie....sambil2 minum cappucino blend dOng...keh keh keh....lawOk2 ^^'

Jun 22, 2012

Mutiara Kata HAMKA -PERSAHABATAN


Salam..

HAMKA tokoh ilmuan terulung, sering membicarakan soal atau nilai kemanusiaan dalam setiap penulisannya.. berikut sebahagian lagi mutiara kata yang boleh dijadikan renungan bersama yang TK petik dari salah satu karya beliau.. "FALSAFAH HIDUP"
*Persahabatan adalah satu-satunya pintu kemerdekaan kita. banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri kita sendiri sekalipun, tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat. sebab itu persahabatan yang jujur adalah salah satu dari tangga kejayaan

*Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah engkau sendiri cekap menjadi sahabat orang

*Sahabatmu suka kepadamu, tetapi tidaklah setiap orang yang suka kepadamu itu adalah sahabatmu

*Kesenangan hidup akan memperbanyakkan teman, tetapi persahabatan yang setia adalah ketika menempuh kesukaran

*Yang semulia-mulia kewajipan bersahabat ialah mengetahui kehendak dan kemahuan sahabat sebelum dikatakannya. Dan engkau menunaikan permintaannya sebelum dimintanya.




*Kalau jadi sahabat orang ramai, tidak boleh jadi sahabat orang seorang

*Kalau sahabatmu tertawa, hendaklah ditanya apa sebab dia senang; kalau sahabatmu menangis, selidikilah apa sebab dia susah

*Jika engkau memberikan sesuatu kepada sahabatmu, ia ibarat engkau memeberikannya kepada diri sendiri

*Bila orang telah merasa dirinya besar, dia lupa akan salahnya. hanya sahabat yang setia yang sanggup membukakan matanya.

*Teman yang ’ berudang di balik batu’ ibarat anjing di tepi jalan, yang ditujui hanyalah tulang yang akan dilemparkan, bukan tangan yang melemparkan tulang itu

*Cemburu perempuan kepada perempuan, akan memutuskan tali persahabatan

*Bila seorang perempuan telah sudi menghulurkan tangan persahabatan kepadamu, itu petanda umurmu telah lepas dari zaman bercinta



lain-lain mutiara kata HAMKA yang terbaik:

Jangan terlalu boros mengeluarkan pendapat, sederhana memulai atau menjawab. Susun baik-baik alasan yang diberikan kerana yang demikian amat besar muslihatnya di dalam menghadapi pekerjaan dan mengatasi kesulitan


Membalas sikap buruk lawan dengan budi yang baik adalah budi yang paling
tinggi



Jangan tertawa melihat orang jatuh, tetapi sebaliknya insaf bahawa kita sedang
berjalan menempuh liku-lekuk jalan yang sulit.  Kalau kita selamat, bersyukurlah.
Dari kejatuhan orang dapat tegak kembali.  Yang amat sayang ialah jatuh yang tidak
dapat bangun semula



Ada beberapa pengalaman dalam hidup kita ini, mulanya kita sangka buruk, tetapi
setelah sampai kepada hujungnya barulah kita mengerti bahawa amal yang buruk itu
adalah berakhir yang baik



Di medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.  Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh, dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi


Kehidupan adalah pergantian di antara susah dan senang, naik dan turun.  Mana yang
tertentu buat kita, tidaklah dapat dipindahkan kepada orang lain dan yang tertentu
bagi orang lain tidaklah berpindah kepada kita



Empat hilang kerana empat: hilang nikmat kerana tidak bersyukur, hilang kekuatan
kerana mencari musuh, hilang kekuasaan kerana kelalaian dan hilang kesempatan
kerana memandang enteng



Sebesar-besar atau seberat-berat urusan, jangan dihadapi dengan muka
berkerut, kerut muka itu dengan sendirinya menambahkan lagi kerut
pekerjaan itu



Pergaulan mempengaruhi didikan otak.  Pergaulan membentuk kepercayaan dan
keyakinan.  Oleh itu, untuk kebersihan jiwa, hendaklah bergaul dengan
orang-orang yang berbudi, orang yang dapat kita kutip manfaat
daripadanya



Senyuman adalah ibarat perhiasan batin, yang membantu mengindahkan perhiasan
lahir yang kurang cantik. Dengan senyuman ke mana pun kita pergi, bersinarlah suasana cahaya kegembiraan. Dengan senyum tiada urusan yang berat dalam dunia ini, malah semuanya dapat diatasi


wassalam

p/s:aku rindu giler ngan atifah hanim....dye ingt tak dekat aku ye??wallaulam..

Jun 21, 2012

wordless Friday: Layyinul Harir







kami spOrting ken?? ^^'






aku yang paling SENGAL..huhuhuhu

P/S: time kem USIM dtg skOlah dlu...Layyinul Harir a.k.a Selembut Sutera ^^'
Animated Rainbow Moustache