selamat datang blogger2 sume...ahlanwasahlan...kepada copycat2 anda tidak dibenarkan untuk copy2 ayat aku ini k..walaupun anda sume sudah minta izin...hrap korunk sume pham k..amaran keras!!lagi satu jgn lupe follow aku k n aku akan follow korang balik

Followers

klik like kalu suke ^^

Jun 19, 2011

stanza cinta

salam alaik...(:

heheheh....aku baru jerr habis bace novel stanza cinta nie..
sedih sangat2..klu korang b'kesempatan,bce la sekali k...best sangat2...
banyak betul nilai2 murni tntang ksih sayang kpd ALLAH n sesama makhluk..
x lupe juge batas2 p'gaulan antara laki2 n perempuan...
aq nangis laa jgak waktu bce tadi...tp tak la smpai meraung...kui3...
erm malam nie ader drama stanza cinta taw kat TV3 pd 9 mlm...setiap ari ahad mule ari nie..
jgn lpe tngok taw...tp orang kte ade kelainan sket dri novel..sesame kte tngok n lihat k...
kat bwah nie aku kepil kan sekali sinopsis cerita dye k....wsslm


lakonan AARON AZIZ Drama terbaru TV3, Stanza Cinta yang menyusul selepas Nora Elena
 bersiaran bermula malam ini. Sinopsis drama pastinya dicari- cari oleh peminat.
 Para Pelakon juga hebat- hebat belaka. Pasti ramai yang ingin mengetahui siapakah 
pelakon yang terlibat. 



Jom kita lihat senarai Pelakon dan Sinopsis drama ini.




Amni Sorfina(Ketenangan yang suci)…seindah namanya seindah itulah peribadinya!! 
Dia hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. 
Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang.
 Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.

Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang 
dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia….tiba-tiba sahaja segalanya menjadi 
begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu 
bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma 
menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.

 Sehingga pernah dia merintih hiba, “Ya Allah…apakah tiada yang namanya bahagia itu 
untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai
 dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku
 kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”

Irfan Ikmal – “Amni itu seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang…
namun dia seorang yang tegas. Amni seorang wanita yang suka menangis dan mudah
 tersentuh hatinya…namun dia seorang yang sangat tabah!! Amni seorang Hawa yang mempunyai 
cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya.
 Amni menunjukkan cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dialah yang membuatkan 
aku mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkannya padaku”

Taufiq Imran, Bandung Indonesia – “Subhanallah…Amni adalah sosok wanita solehah
 yang ingin aku jadikan zaujah disisiku. Aku membutuhkan dukungannya sebagai peneguhku, 
aku membutuhkan doanya untuk kehidupanku, aku membutuhkan senyumnya untuk mengatasi
 kesedihanku…dan aku juga membutuhkan dirinya untuk membuatkan hidupku menjadi sempurna.
 Aku ingin selamanya melalui lorong-lorong dakwah ini ditemani zaujah yang seindah dirinya…
Aku sungguh mencintainya kerana Allah…..”

Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. 
Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi 
makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.

Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, 
lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang 
telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu
 hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh 
kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah 
dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?

“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang 
tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. 
Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa
 yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku
 adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!”

----------------------------------------------------------

Antara Pelakon yang terlibat adalah Aaron Aziz, Nur Fathia dan Fizz Fairuzz.. Aaron aziz kembali berlakon setelah lakonan hebatnya dalam Nora Elena. drama ini sekali lagi diadaptasi dari novel iaitu Novel Stanza Cinta.

Apa agaknya sambutan penonton terhadap Stanza cinta? adakah sehebat Nora Elena?
 sama- sama kita nantikan..

No comments:

Post a Comment

orang bagi penghargaan kepada saya

Animated Rainbow Moustache